Selasa, 20 Julai 2010

DEFINISI

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam KBSR di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam KBSR merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,kemahiran,keperibadian dan panduan
hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,masyarakat,alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.