TEMA : RAMADAN DEKAT DI HATI
TARIKH : 7 OGOS 2010 (SABTU)
TEMPAT : DATARAN ILMU SKMT
PENGENALAN PROGRAM
Bulan Ramadan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai.Matlamat akhir Ramadan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain.Justeru itu Persatuan Agama Islam SKMT dengan kerjasama Panitia Agama Islam mengambil inisiatif sempena bulan Ramadan al-Mubarak melancarkan program Ramadan dekat di hati demi memastikan seluruh warga SKMT dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran pahala yang dijanjikan Allah.InsyaAllah...
OBJEKTIF PROGRAM
* Menyedarkan tentang kepentigan menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak
* Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain.
* Menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan guru dan pelajar.
TENTATIF MAJLIS PERASMIAN
7.30 pg : Ketibaan murid-murid & Guru-guru
8.00 pg : Slot Tazkirah (oleh: Ustazah Khalilah Mat Daud)
: Taklimat program (oleh : Ustazah Romlah Omar)
: Ucapan Perasmian (oleh: Ustazah Salinah Sabli KP PAI)
: Jamuan
11.00pg : Bersurai
Dari kiri (Ustz Salinah Sabli,Ustz Norhayati Ahmad)adik Dg.Nurbalqis Ag.Sulaiman & adik Farhana bt Malik(6 Aktif) sebagai pengacara majlis program Ihya Ramadan... |
Murid -murid serta guru-guru SKMT mengambil tempat di dataran ilmu...tak sabar2 lagi adik-adik kita ni... |
Adik Mohd Farid Amjah(5 Aktif) sedang membacakan doa bagi memberkati majlis... |
Murid-murid khusyuk mengaminkan doa yang dibacakan....
Slot Tazkirah sedang disampaikan oleh Ustazah Khalilah Mat Daud...
Murid-murid sedang menghayati tazkirah yang disampaikan...
Guru-guru SKMT juga tidak lupa menghayati tazkirah yang disampaikan...
Ustazah Romlah menyampaikan taklimat tentang program sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelma...
Murid-murid mendengar taklimat yang disampaikan....
Antara gelagat murid-murid yang menghadiri program tersebut...
Ucapan alu-aluan oleh Ustazah Salinah Sabli selaku Ketua Panitia Agama Islam mewakili Guru Besar SKMT ...
Acara jamuan.....
Murid-murid juga turut menjamu selera ....
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli panitia PAI yang banyak memberikan kerjasama dan juga guru-guru SKMT dalam menjayakan majlis perasmian Program Ihya Ramadan bagi tahun ini...Maka dengan ini adalah permulaan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti bulan Ramadan seperti yang telah dirancang.Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala usaha baik yang kita lakukan.....Terima Kasih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan